Menu

A product of ZI Softech   

 

Artikel Am

Definisi Ar-Rahnu

Definisi dari sudut syarak

Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

Definisi dari sudut bahasa

Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

“Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya..........Surah al-Muddaththir 74:38)

Pengertian, Hukum dan Rukun al-Rahnu

Pengertian

Ahmad Azhar Basyir - mentakrifkan al-rahnu sebagai “menjadikan suatu benda yang bernilai menurut pandangan syarak” sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima”.

H.M Arsjad Thalib Lubis - mentakrifkan al-rahnu sebagai “menjadi suatu barang yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar”.

Abdul Rahman al-Jaziri - menerangkan bahawa al-rahnu menurut syarak bererti “menjadikan barang yang ada harganya menurut pandangan syarak sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang. Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan tersebut.

Kesimpulannya al-rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman.

Hukum

Firman Allah SWT

“Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang”.........(Surah al-Bawarah: 238)

Dalam sebuah Hadis

“Bahawasanya Nabi SAW menggadaikan (Rahn) dirah (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya.” .....(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah Hadis

“Daripada Aisyah r.h yang bermaksud Nabi SAW pernah membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi SAW menyerahkan baju besinya”.........(Riwayat al-Bukhari)

Dalam sebuah Hadis

“Daripada Ibn Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi SAW wafat, baju besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya” .........(Riwayat Tirmizi)

Rukun

Hukum al-rahnu mengandungi 5 perkara:

1. Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang.
2. Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman.
3. Barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman.
4. Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhu­tang.
5. Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian.

Konsep Perlaksanaan al-Rahnu

Ar-Rahnu menggabungkan dua konsep syariah yang utama iaitu al-rahnu dan al-Wadiah Yad Dhamanah
Al-rahnu merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
Al-Wadiah Yad Dhamanah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.

Baca lagi...

 
 

 My Ar Rahnu.com. Hakcipta Terpelihara