Menu

A product of ZI Softech   

 

Apakah EMAS

Emas ialah sejenis logam berwarna kekuningan dan dianggap oleh semua masyarakat dunia sebagai simbol kekayaan dan kesejahteraan.

Didalam istilah santifik emas dikenali sebagai Aurum (Au) mempunyai nombor Atom 79 dan dikenali juga sebagai logam unsur peralihan didalam carta saintifik unsur.

Emas mempunyai ketumpatan 19.30gm/cm padu pepejal dan 17.31gm/cm padu cecair serta mempunyai tahap lebur 1,064.18 Celcius. Sifat ketumpatan ini dijadikan asas kepada penggunaan Densimeter iaitu alat menguji ketulinan emas.

Logam emas dalam keadaan asal boleh didapati dalam bentuk nuget atau butiran kecil didalam batuan ataupun mendapan aluvial. Emas tulin adalah padat tetapi lembut. Ianya boleh di bentuk dengan mudah, ditempa, mulur ataupun dicanai untuk dijadikan perhiasan yang indah.

Emas mempunyai daya tahan yang kuat terhadap asid tetapi bertindakbalas dengan campuran asid campuran akua regia.

Sehingga kini, sejarah manusia mencatatkan hanya 165,000 tan emas telah dikeluarkan dari bumi. Sekiranya dikumpulkan ianya akan memenuhi kolam renang saiz olimpik.

Emas dan logam-logam bernilai yang lain diniagakan diseluruh dunia menggunakan nilaian berat troy ataupun troy oz. 

1 troy oz = 31.105 g

Apabila emas dialoi dengan logam yang lain maka istilah karat digunakan untuk mengukur kuantiti emas yang hadir. 24 K bermaksud 99.9 % kandungan emas.

K % Emas
24 99.9 999
23 95.8 958
22 91.6 916
21 87.5 875
20 83.3 833
18 75.0 750

Emas 999, 916 dan 750 merupakan emas yang popular di Malaysia.

 
   
   
   

 My Ar Rahnu.com. Hakcipta Terpelihara