Menu

A product of ZI Softech   

Fatwa & Rujukan    

1.  Fatwa Penentuan Hukum Syarak Di Dalam Pelaksanaan Skim Pajak Gadai Islam (Ar-Rahn) Di Malaysia

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 - 12 April 2007 telah membincangkan Penentuan Hukum Syarak Di Dalam Pelaksanaan Skim Pajak Gadai Islam (Ar-Rahn) Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

 

  1. Sumber modal kerja untuk pemegang pajak gadai Islam (al-Rahnu) hendaklah diperolehi daripada perbankan Islam atau sumber-sumber yang halal dan bebas dari amalan riba, judi, gharar dan aktiviti lain yang tidak selaras dengan kehendak syariah;
     
  2. Pemegang al-Rahnu hendaklah mengambil perlindungan insurans Islam (takaful) dan tidak boleh terlibat dalam aktiviti insurans konvensional;
     
  3. Sekiranya barang sandaran hilang atau dicuri atau musnah dan sebagainya, pemegang al-Rahnu hendaklah membayar pampasan baki nilai barang sandaran sewaktu ia ditaksirkan; dan
     
  4. Pemegang al-Rahnu digalakkan melantik Panel Penasihat Syariah dalaman bagi memantau operasi dan aktiviti al-Rahnu.

 

2. Fatwa Penentuan Hukum Syarak Di Dalam Pelaksanaan Skim Pajak Gadai Islam (Al-Rahn) Di Malaysia

(Cadangan Kadar Upah Simpan Barang Gadaian)

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007telah membincangkan Penentuan Hukum Syarak Di Dalam Pelaksanaan Skim Pajak Gadai Islam (Al-Rahn) Di Malaysia (Cadangan Kadar Upah Simpan Barang Gadaian). Muzakarah telah memutuskan bahawa bersetuju menerima cadangan kadar upah simpan barang gadaian untuk skim al-Rahn seperti berikut :-

NILAI BARANG TEMPOH (BULAN) KADAR UPAH YANG DITETAPKAN GADAIAN  ( % SEBULAN )

RM100.00      -      3 bulan pertama 0.60% sebulan
RM1,000.00   -     3 bulan berikutnya 0.70% sebulan

RM 1,001.00  -     3 bulan pertama 0.65% sebulan
RM5,000.00   -     3 bulan berikutnya 0.80% sebulan

RM 5,001.00  -     3 bulan pertama 0.80% sebulan
RM10,000.00 -     3 bulan berikutnya 0.95% sebulan

i) Sekiranya setelah tamat tempoh yang dinyatakan, barang gadaian tersebut masih gagal ditebus, persetujuan kedua-dua belah pihak perlu diperolehi bagi menentukan tempoh lanjutan dan kadar yang dikenakan.

 

Keputusan Muzakarah Kebangsaan lain berkaitan: 

1.       Penentuan Hukum Syarak Di Dalam Pelaksanaan Skim Pajak Gadai Islam (Ar-Rahn) Di Malaysia

Sumber:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Bahagian Pengurusan Fatwa, Aras 5, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519, W.P., Putrajaya, MALAYSIA.

 

 My Ar Rahnu.com. Hakcipta Terpelihara