Menu

A product of ZI Softech   

Inventori

Modul Inventori merupakan satu modul yang paling menarik untuk dilaksanakan. Setakat ini modul ini menjadi pilihan utama pengguna My Ar Rahnu kerana telah menyelesaikan banyak masalah pengurusan barang-barang gadaian yang sentiasa wujud. Perniagaan ar rahnu sentiasa berhadapan dengan sensitiviti barangan itu sendiri dan perniagaan yang semakin mencabar para pengurus gadaian. Aliran keluar masuk serta kedudukan stok barang gadaian adalah nadi utama ketelusan perniagaan. Modul inventori ini disokong oleh sistem sekuriti serta pengawasan sistem dalaman yang berkesan.

Pengurusan staf juga dilaksakan diperingkat ini untuk memastikan staf bertanggungjawab terhadap barang yang disimpan dan dikeluarkan mengikut tatacara operasi perniagaan. Didalam sistem My Ar Rahnu ini, Modul Inventori menjadi data permulaan untuk disalurkan kepada modul perakaunan dan laporan kewangan penting. Modul inventori sentiasa menjadi modul "penyelamat" kepada laporan prestasi perniagaan keseluruhannya.

Asas Modul Inventori memastikan pengurusan maklumat berikut:-

Maklumat asas barang gadaian.
Pengurusan kotak simpanan.
Pengurusan tebus barang.
Maklumat keluar-masuk barang gadaian.
"Check & balance" tahap kebenaran pengurusan staf.

 

 My Ar Rahnu.com. Hakcipta Terpelihara