Menu

A product of ZI Softech   

Laporan

Modul Laporan ini menjadi pilihan terpenting untuk dilaksanakan di dalam sistem My Ar Rahnu, samada diperingkat pengurusan atasan sehinggalah di peringkat bawah operasian. Kelebihan modul ini memberi pilihan kepada pengguna merekabentuk kandungan laporan mengikut kehendak dan keperluan pengguna. Format laporan boleh diubah mengikut kehendak semasa dan boleh dilapor bila-bila masa. Penggunaannya amat mudah dan tidak memerlukan pengguna peringkat tinggi atau teknikal untuk melakukannya. Satu elemen yang menarik didalam modul ini ialah laporan boleh dikongsi oleh semua cawanagan dan ibu pejabat dan boleh di "upload" ke mana-mana peranti komunikasi. Pengguna boleh mengakses laporan perniagaan walaupun sedang bercuti diluar negeri.

Laporan kewangan, perkakaunan dan audit dibuat mengikut format amalan perakaunan dan perniagaan profesional. Laporan operasi pula berdasarkan polisi dan standard organisasi perniagaan. Oleh itu Modul Laporan menjadikan perniagaan ar rahnu lebih dinamik. Perancangan pemasaran dan penembusan pasaran dilaksanakan dengan lebih berkesan hasil dari sokongan modul ini.

Modul Laporan memenuhi kehendak pengguna melaksanakan kehendak berikut:-

Pelbagai laporan mengikut spesifikasi dan kehendak pengguna.
Modifikasi format laporan dilakukan oleh pengguna sendiri.
Laporan berjadual - harian, mingguan, bulanan dan tahunan.
Laporan kewangan yang penting.
laporan operasi dan perkhidmatan.
Laporan Audit.
Laporan ad-hoc dan segera.
 

 My Ar Rahnu.com. Hakcipta Terpelihara