Menu

A product of ZI Softech   

 

Penyediaan Prosedur Kerja Standard ( Standard Operating Procedure )

Penyediaan SOP adalah penting untuk mengekalkan mutu perkhidmatan perniagaan Arrahnu. Ia juga menjamin halatuju jualan dam pemasaran kedai agar sentiasa menjadi pilihan pelanggan didalam persaingan perniagaan Arrahnu itu sendiri. Penyediaan SOP ini berlangsung terhadap semua bahagian, dari bahagian kaunter, operasi, inventori, perakaunan, audit sehinggalah kepada sistem keselamatan. Program penyediaan ini adalah menyeluruh disemua peringkat dan status kerja dan pekerjaan samada peringkat pusat dan cawangan.

Produk akhir ialah menyediakan set SOP lengkap secara fizikal ataupun "softcopy". Ianya boleh di "upload" kedalam laman web dan boleh diakses oleh semua staf. Kaji semula SOP akan dijalankan secara berjadual untuk membuat penyesuaian dan pelarasan keadaan kerja semasa.

Adalah penting untuk memastikan SOP ini seiring dengan sistem kerja tempatan dan juga kaedah sistem automasi yang digunakan. Matlamat akhir ialah menyediakan sistem kerja berdasarkan ISO atau pun standard kerja profesional.

 

 My Ar Rahnu.com. Hakcipta Terpelihara