Menu

A product of ZI Softech   

 

Urus Data

Semua maklumat pelanggan, bermula dari ia melangkah masuk kekedai sehinggalah kes ditutup, data disimpan dengan selamat dan diurus mengikut kehendak perniagaan dengan efektif dan sempurna. Maklumat dan status pelanggan serta barang gadaian diurus agar semua peringkat dan cawangan dapat akses dengan jelas. Kemasukan data dilakukan dengan mudah dan akses oleh peringkat atasan boleh dilakukan secara "on-line" dan 'real time". 

Pengurusan maklumat boleh diatur secara berpusat ataupun diperingkat cawangan mengikut kehendak pengguna. Maklumat juga boleh dikongsi oleh semua cawangan. Pengurusan maklumat dilakukan dengan amat mudah sekali dan boleh diakses melalui web bila-bila masa dan dimana sahaja.

Maklumat pasaran semasa semua barang gadaian.
Pengurusan kotak simpanan.
Maklumat dan status semua pelanggan.
Maklumat perihal barangan gadaian.
Maklumat pembayaran dan penerimaan.
Pengurusan jualan gadaian dan lelongan.

 

 

 My Ar Rahnu.com. Hakcipta Terpelihara